Monday, September 14, 2009

Antara Keperluan atau Kemahuan

hari lebaran semakin hampir, sekajap saja ramadhan ingin berundur diri..semoga sepanjang ramadhan anda semua berada dalam keberkatan.

baiklah, bercerita pasal lebaran...apabila lebaran menjelang masyarakat pun mula sibuk membuat persiapan..tidak kiralah kpd yang miskin mahupun kaya, lebaran tetap disambut..dan dalam membuat persiapan menjelang lebaran pelbagai barangan dibeli..dan masa yang sama, pusat membeli belah juga tidak melepaskan peluang untuk membuat Jualan sempena Lebaran..diskaun2 dan potongan harga bagi sesetengah barangan sudah seperti sengat seekor tebuan yang mampu menarik perhatian para pembeli..antara barangan yang dijual adalah seperti baju2, perkakas, kasut2 dan sebagainya..

namun, dalam keghairahan menyambut lebaran...adakah kita sedar bahawa barangan yang kita beli itu merupakan keperluan atau sekadar kemahuan kita...semalam saya, pergi ke salah sebuah pusat membeli belah..boleh dikatakan memang sesak dgn orang ramai yang ingin membeli belah..dan rata-rata, para pembeli adalah golongan wanita..baju, kasut, perkakas dan barangan lain disapu licin...walaupun barangan tersebut sudah tersedia dirumah dan masih boleh digunakan..

jika ditanya kenapa beli baru, sesetengah pihak akan menjawab seperti:

"kan hari raya....semua barang mesti la baru"

"ala, hari setahun sekali apa salahnya beli barang baru"

"akak tak nak kalah dengan jiran sebelah rumah dik, semua barang dia beli baru...."

(ada gak alasan macam ni...haha)

maka antara keperluan dan kemahuan, kita perlu bijak merancang..sebab kita melaburkan wang kita ketika membeli barangan tu..dan kita tidak patutlah membazir dalam membuat persiapan, rasanya cukup sekadar menyambut dalam keadaan ala kadar...ini kerana kita perlu memikirkan mereka2 yang lebih memerlukan ataupun dalam kesusahan...kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada..

antara keperluan atau kemahuan

anda yang tentukan kebaikannya...

Friday, September 11, 2009

Wajah-wajah Orang Lidi


selamat datang ke dunia orang lidi. pertama kalinya, aku ingin perkenalkan diri aku sebagai orang lidi.tidak perlulah orang bertanya tentang identiti sebenar aku. baru saja dalam dunia blogging ini. aku mendapat inspirasi daripada membaca akhbar semalam, iaitu dunia blogging ini merupakan ruang untuk berkongsi-kongsi pendapat.maka, sudi-sudi la baca pendapat aku.

wajah-wajah orang lidi. jika dilihat pada illustrasi di atas, boleh dilihat bahawa wajah-wajah orang lidi boleh dikatakan sama saja tidak kiralah ketika sedih, gembira, mahupun marah. maka dengan itu, wajah yang sama akan kekal hingga ke akhir hayat orang lidi..